KHAZANAH ALAM PENUH ARTISTIK BATU PERMATA TERJADI DARIPADA MINERAL-MINERAL SEMULAJADI YANG TERDAPAT DI DALAM PERUT BUMI. PROSES KEJADIAN BATU PERMATA ADAKALANYA MENGAMBIL MASA BERJUTA-JUTA TAHUN.

Batu-batu permata adalah perhiasan, bahan perubatan dan lambang status dan kemegahan manusia semata-mata. setiap kejadian unik ini membawa sifat 'aa'di (sifat yang menjadi adat kebiasaannya) yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T. Maka, setiap pemakainya akan merasakan sifat-sifat tersebut. Ada juga terdapat batu permata yang menjadi sumpahan kepada iblis/syaitan maka secara tidak langsung pemakainya akan terhindar daripada gangguan makhluk halus tersebut...InsyaAllah...

Batu-batu permata terjadi melebihi 120 km di bawah perut bumi - melalui tekanan yang kuat dari permukaan bumi. Maka, semua atom karbon akan terperangkap membentuk kristal-kristal indah putih bercahaya. Melalui tekanan kuasa gunung berapi, perubahan plat benua, dan fenomena perubahan bumi, batu permata ditolak keluar ke permukaan bumi. Maka sebahagian kecilnya akan menjadi intan berlian dan selebihnya akan terperangkap di celahan gunung-ganang, bukit-bukau, atau batu-batan bercampur dengan unsur mineral yang lain untuk membentuk pelbagai jenis batu permata dalam pelbagai warna yang sungguh menakjubkan.

Hasil daripada gabungan dengan mineral-mineral lain, terbentuklah intan baiduri, kecubung, nilam, delima, zamrud, tourmaline, alexandrite, garnet, mata kucing, mata harimau, zircon, kunzite, chrysoberyls, bryls, opal, fuchsite, aked, ametrine, fairus, malaqat, yaqut, mirjan, jarummas, citrine, peridot, aqua marine, dan ribuan lagi jenis batu permata yang terdapat di seluruh alam ini.

Perhiasan manusia juga ada yang diperbuat dari pelbagai jenis kaca, kayu, fiber, dan plastik. Melalui kecanggihan teknologi pada masa kini, terhasillah pelbagai jenis intan, kristal dan batu batan melalui olahan tangan manusia sendiri. Baik yang asli atau tiruan, ianya tetap menarik sebagai perhiasan diri wanita sebagai anting-anting, cincin, gelang, rantai, lokek, dan sebagainya. Itulah kebesaran Allah S.W.T dan keajaiban alam ciptaan-Nya yang sebahagian besarnya masih belum disingkap oleh manusia....



No posts.
No posts.